Thursday, 31 July 2014

SUMBER-SUMBER POLITIK ISLAM


  • AL-QURAN
 Al-Quran merupakan sumber utama hukum-hukum Ilahi. Al-Quran lebih diutamakan daripada sumber-sumber lain yang dirujuk untuk mendapatkan berbagai hukum (ahkam) syari’ah. Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Jibrail a.s di dalam bahasa Arab bermula dari Surah Al-Fatihah hingga Surah An-Nas ditulis dalam mushaf yang periwayatan secara mutawwir dan menjadi ibadah apabila membacanya.

Hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah s.w.t kepada manusia yang merangkumi aspek akidah, ibadah ,syariah, politik,sosial,makan dan minuman serta akhlak yang perlu diyakini dan dipatuhi untuk ke bahagian di dunia dan akhirat


Dalil penjelasan Al-Quran sebagai sumber utama perundangan      islam 

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) darikalangankamu. Kemudianjika kamu membantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagikamu) dan lebih elok pula kesudahannya”. (Surah An-Nisa’,4: 59)


Dari Abu Hurairahr.a,dariNabis.a.w, bahawaBagindabersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullahs.a.w (Imam Malik)

  • SUNNAH
Sunnah bererti "cara" atau "kebiasaan" dan dengan itu sunnah nabi bererti "cara nabi" atau yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa , As Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan , kebiasaan , perjalanan,hidup , atau perilaku , baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulangdalam hadis, yang erti asalnya ialah "perjalanan hidup" atau "perilaku".

Sunnah harus dibezakan daripada kedua-dua fiqh yang merupakan pendapat-pendapat para pakar undang-undang klasik serta juga AL-Quran yang merupakan wahyu yang tidak tercatat. Ia merupakan salah satu daripada banyak istilah dalam agama Islam yang sudah diterjemahkan tanpa kehilangan maksudnya.

  • IJMAK
Ijma' atau Ijmak dari segi makna bahasa adalah zaman atau tekad , manakala dari segi istilah syara' pula . Ijmak adalah kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum agama Islam berasaskan Al=Quran dan Hadis tentang suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasullullah s.a.w 


  • QISAS
Qias merupakan sebuah usaha unuk menerangkan sesuatu sebelumnya tidak terdapat nasnya dalam AL-Quran mahupun Sunnah dengan cra membandingkan dengan sesuatu yang ditetapkan hukumnya berdasarkan nas.

Qias juga dapat diertikan sebagai usaha untuk menyamakan sesuatu yang tidak terdapat nasnya dalam Al-Quran dan Sunnah dengan sesuatu yang ada nas hukumnya kerna ada kesamaan illat .


                 Post by : Nur Syafina binti Mohamad                 19DIP12F2011

Thursday, 24 July 2014

KEISTIMEWAAN SISTEM POLITIK ISLAM

·         MENAIKKAN TARAF AGAMA ISLAM
o   Tujuan utama sistem politik atau sistem pemerintahan Islam ialah menegakkan agama Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Bagi merealisasikan tujuan ini, tanggungjawab dipikul oleh pemerintah dan juga para ahli jawatankuasanya.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah berkata:
“Tujuan pemerintahan yang semestinya ialah memelihara agama rakyat. Apabila rakyat kerugian dalam agamanya sesungguhnya mereka telah mengalami kerugian yang amat teruk dan tidak boleh ditukar ganti dengan segala nikmat yang mereka nikmati di dunia ini.
Imam Syaukani berkata:
            “Sesungguhnya tujuan yang dimaksudkan oleh Allah swt daripada perlantikan para pemimpin ada dua perkara : Pertama , menegakkan penyuluh agama serta memperkukuh serta meneguhkan kedudukan hamba di atas al-sirat al-mustaqim (landasan yang betul) serta membendung mereka daripada terjerumus ke dalam larangan-Nya sama ada dengan kerelaan atau paksaan. Kedua, menyusun dan mengatur urusan orang Islam dalam mendapatkan kebaikan untuk mereka serta melindungi mereka daripada perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka."



Tegakkan agama Islam dengan semua rukunnya :
o   Adil dan Saksama
o   Kehidupan manusia diperbaiki
o   Menegakkan masyarakat Islam kearah mengerjakan ibadat.
o   Ibadat menpunyai dua asas iaitu ikhlas dan berterusan

·         MENEGAKKAN AGAMA
Dapat merealisasikan dengan seluas-luasnya dalam pelbagai lapangan sama ada kemasyarakatan, kehakiman, pentadbiran, dan pengurusan politik serta hubungan antarabangsa. Tujuan sebenarnya adalah untuk mewujudkan umat yang mampu membezakan yang perkara baik dan perkara buruk. Tujuan yang ingin dicapai oleh risalah Islam dari segi kemasyarakatan ialah melindungi orang ramai daripada kezaliman serta menegakkan keadilan diatas muka bumi ini.



·         KEADAAN MANUSIA DIPERBAIKI.
Hukum Islam tidak terbatas pada hukum hudud sahaja, tetapi ia bertanggungjawab dalam memperbaiki keadaaan manusia sama ada dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, penerangan, pendidikan, pertahanan dan rekaan. Kesemua ini dilakukan sejajar dengan reformasi politik.Reformasi Islam adalah yang dimaksudkan.
              Tujuan utama perundangan Islam adalam mereformasikan perkara halal dan haram. Syariah diturunkan oleh Allah swt bertujuan untuk memberi kebaikan, hidayah, dan kesenangan kepada manusia dan membuang kesusahan daripada mereka.
  


Tujuan negara Islam dengan sistem politiknya ialah untuk memakmurkan bumi ini serta memberikan cara hidup yang mulia kepada semua rakyatnya, di samping memberi peluang yang sama rata dan adil dalam membahagi kekayaan negara. 



Sistem politik Islam mempunyai 3 tujuan iaitu : Menyekat kerosakan, menarik kebaikan dan bergerak di atas landasan “makarim al-akhlak” iaitu budi pekerti yang mulia. Disamping menegakkan  sistem politik Islam dan syariah Allah swt , ketiga-tiga tujuan ini akan dapat direalisasikan dan akan membawa kebaikan kepada seluruh manusia.


Post by       :      Nurhanis binti Hamran              19DIP12F2008