Thursday, 31 July 2014

SUMBER-SUMBER POLITIK ISLAM


  • AL-QURAN
 Al-Quran merupakan sumber utama hukum-hukum Ilahi. Al-Quran lebih diutamakan daripada sumber-sumber lain yang dirujuk untuk mendapatkan berbagai hukum (ahkam) syari’ah. Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Jibrail a.s di dalam bahasa Arab bermula dari Surah Al-Fatihah hingga Surah An-Nas ditulis dalam mushaf yang periwayatan secara mutawwir dan menjadi ibadah apabila membacanya.

Hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah s.w.t kepada manusia yang merangkumi aspek akidah, ibadah ,syariah, politik,sosial,makan dan minuman serta akhlak yang perlu diyakini dan dipatuhi untuk ke bahagian di dunia dan akhirat


Dalil penjelasan Al-Quran sebagai sumber utama perundangan      islam 

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) darikalangankamu. Kemudianjika kamu membantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagikamu) dan lebih elok pula kesudahannya”. (Surah An-Nisa’,4: 59)


Dari Abu Hurairahr.a,dariNabis.a.w, bahawaBagindabersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullahs.a.w (Imam Malik)

  • SUNNAH
Sunnah bererti "cara" atau "kebiasaan" dan dengan itu sunnah nabi bererti "cara nabi" atau yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa , As Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan , kebiasaan , perjalanan,hidup , atau perilaku , baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulangdalam hadis, yang erti asalnya ialah "perjalanan hidup" atau "perilaku".

Sunnah harus dibezakan daripada kedua-dua fiqh yang merupakan pendapat-pendapat para pakar undang-undang klasik serta juga AL-Quran yang merupakan wahyu yang tidak tercatat. Ia merupakan salah satu daripada banyak istilah dalam agama Islam yang sudah diterjemahkan tanpa kehilangan maksudnya.

  • IJMAK
Ijma' atau Ijmak dari segi makna bahasa adalah zaman atau tekad , manakala dari segi istilah syara' pula . Ijmak adalah kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum agama Islam berasaskan Al=Quran dan Hadis tentang suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasullullah s.a.w 


  • QISAS
Qias merupakan sebuah usaha unuk menerangkan sesuatu sebelumnya tidak terdapat nasnya dalam AL-Quran mahupun Sunnah dengan cra membandingkan dengan sesuatu yang ditetapkan hukumnya berdasarkan nas.

Qias juga dapat diertikan sebagai usaha untuk menyamakan sesuatu yang tidak terdapat nasnya dalam Al-Quran dan Sunnah dengan sesuatu yang ada nas hukumnya kerna ada kesamaan illat .


                 Post by : Nur Syafina binti Mohamad                 19DIP12F2011

No comments:

Post a Comment