·
MENAIKKAN
TARAF AGAMA ISLAM
o
Tujuan utama sistem politik atau sistem
pemerintahan Islam ialah menegakkan agama Allah S.W.T di atas muka bumi ini.
Bagi merealisasikan tujuan ini, tanggungjawab dipikul oleh pemerintah dan juga
para ahli jawatankuasanya.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah
berkata:
“Tujuan
pemerintahan yang semestinya ialah memelihara agama rakyat. Apabila rakyat
kerugian dalam agamanya sesungguhnya mereka telah mengalami kerugian yang amat
teruk dan tidak boleh ditukar ganti dengan segala nikmat yang mereka nikmati
di dunia ini.
Imam Syaukani berkata:
“Sesungguhnya tujuan yang
dimaksudkan oleh Allah swt daripada perlantikan para pemimpin ada dua perkara :
Pertama , menegakkan penyuluh agama serta memperkukuh serta meneguhkan
kedudukan hamba di atas al-sirat
al-mustaqim (landasan yang betul) serta membendung mereka daripada
terjerumus ke dalam larangan-Nya sama ada dengan kerelaan atau paksaan. Kedua,
menyusun dan mengatur urusan orang Islam dalam mendapatkan kebaikan untuk
mereka serta melindungi mereka daripada perkara yang boleh mendatangkan
kemudaratan kepada mereka."
Tegakkan
agama Islam dengan semua rukunnya :
o
Adil dan Saksama
o
Kehidupan manusia diperbaiki
o
Menegakkan masyarakat Islam kearah
mengerjakan ibadat.
o
Ibadat menpunyai dua asas iaitu ikhlas
dan berterusan
· MENEGAKKAN AGAMA
Dapat merealisasikan dengan seluas-luasnya dalam pelbagai lapangan sama ada kemasyarakatan, kehakiman, pentadbiran, dan pengurusan politik serta hubungan antarabangsa. Tujuan sebenarnya adalah untuk mewujudkan umat yang mampu membezakan yang perkara baik dan perkara buruk. Tujuan yang ingin dicapai oleh risalah Islam dari segi kemasyarakatan ialah melindungi orang ramai daripada kezaliman serta menegakkan keadilan diatas muka bumi ini.
·
KEADAAN
MANUSIA DIPERBAIKI.
Hukum Islam tidak
terbatas pada hukum hudud sahaja, tetapi ia bertanggungjawab dalam memperbaiki
keadaaan manusia sama ada dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, penerangan, pendidikan, pertahanan dan rekaan. Kesemua ini dilakukan sejajar
dengan reformasi politik.Reformasi Islam adalah yang dimaksudkan.
Tujuan utama perundangan Islam adalam mereformasikan
perkara halal dan haram. Syariah diturunkan oleh Allah swt bertujuan untuk
memberi kebaikan, hidayah, dan kesenangan kepada manusia dan membuang kesusahan
daripada mereka.
Tujuan negara Islam dengan sistem
politiknya ialah untuk memakmurkan bumi ini serta memberikan cara hidup yang
mulia kepada semua rakyatnya, di samping memberi peluang yang sama rata dan adil
dalam membahagi kekayaan negara.
Sistem politik Islam mempunyai 3 tujuan
iaitu : Menyekat kerosakan, menarik kebaikan dan bergerak di atas landasan
“makarim al-akhlak” iaitu budi pekerti yang mulia. Disamping menegakkan sistem politik Islam dan syariah Allah swt ,
ketiga-tiga tujuan ini akan dapat direalisasikan dan akan membawa kebaikan
kepada seluruh manusia.
Post by : Nurhanis binti Hamran 19DIP12F2008
No comments:
Post a Comment