Friday, 1 August 2014

PERLEMBAGAAN (PIAGAM) MADINAH

PENDAHULUAN

  • Perlembagaan Madinah dikenali sebagai Sahifah Madinah
  • Ia adalah perjanjian politik yang dibuat diantara Nabi dengan yang terdiri daripada pelbagai bangsa termasuklah orang Muhajirin(berhijrah bersama Nabi),Ansar dan yahudi
  • Perlembagaan Madinah dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama didunia

PENDUDUK MADINAH ARAB

  1. Orang islam         - terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar.
  2. Orang Yahudi      - terdiri daripada Bani Qainuqa', Bani Quraizah , Bani Nadhir dan Bani Khaibar.
  3. Orang Musyrikin  - golongan yang tidak memeluk agama islam.
  4. Orang Munafikin  - Mereka yang mengakui beragama islam di hadapan Nabi Muhammad SAW                                       tetapi hakikatnya memusuhi islam.

TUJUAN PIAGAM MADINAH
  1. Menentukan hak-hak dan kewajipan Rasulullah dan penduduk setempat
  2. Untuk mengatur cara pemulihan kehidupan orang Muhajirin
  3. Untuk mewujudkan persefahaman dengan orang bukan islam di Madinah , khasnya orang Yahudi
  4. Untuk memberi pampasan kepada orang Muhajirin yang kehilangan harta benda di tangan orang Quraisy Mekah

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
  • Wahyu adalah undang-undang tertinggi bagi negara Islam Madinah
  • Nabi Muhammad diakui sebagai ketua negara yang mesti dipatuhi dan dihormati
  • Tidak boleh bermusuhan di antara sesama islam dan tidak boleh membantu orang bukan islam
  • kebebasan beragama diberi kepada orang bukan islam
  • keadilan adalah diberi kepada semua pihak
  • Orang Yahudi boleh meneruskan amalan agama dan adat resam mereka

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MADINAH
  • Bukti bahawa islam adalah agama dan politik
                 - tertubuhnya negara Islam Madinah , maka lengkaplah islam sebagai al-Din
  • Menyatukan penduduk madinah
                 -  telah berjaya menyatukan Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum
  • Hukuman terhadap pengkhianat
                 - setiap pengkhianatan akan menerima hukuman yang setimpal tanpa mengira kaum 
  • Persamaan Taraf
                 - tidak ada perbezaan anatara pemerintahan dengan yang diperintah
  • Kebebasan dan hak asasi individu terjamin
                  - hal ini bermakna tidak ada sesiapa yang boleh dihina atau ditindas
  • Menyelesaikan krisis kepimpinan
                  - Melalui perlembagaan ini , Nabi telahditerima sebagai pemimpin bagi negara islam 
  • Aktiviti dakwah dijalankan dengan berkesan
                  - aktiviti penyebaran islam dapat dijalankan dengan berkesan


FAKTOR-FAKTOR PENGGUBALAN
  1. Diantara mereka sering berlaku pertelingkahan.khususnya antara Aus dan Khazraj , antara Arab dan Yahudi serta Yahudi dan Yahudi
  2. Untuk mendirikan negara isalm berteraskan akidah, syarak dan akhlak memerlukan perlembagaan bertulis agar dapat dijadikan panduan kepada semua masyarakat islam Madinah
  3. Dengan adanya perlembagaan ini, mudah bagi Nabi untuk bertindak sekiranya berlaku pengkhianatan oleh orang Yahudi
  4. Melalui perlembagaan ini, kedua-dua puak tersebut telah berjaya disatukan oleh Nabi dan meraka kemudiannya digelar orang Ansar
  5. Sesuatu perpaduan hanya akan dapat dicapai apabila sifat tolong menolong bekerjasama , percaya-mempercayai dan kasih mengasihi antara satu sama lain diamalkan



post by : Nurul Syafiqah binti Mohd Zuki              19DIP12F2016

No comments:

Post a Comment