Tuesday, 12 August 2014

POLITIK


PENGENALAN


       Politik dan kenegaraan adalah sesuatu yang terpenting dalam menentukan tahap pencapaian dan pembinaan sesuatu tamadun. Politik dan Negara Islam berkait rapat antara satu sama lain. Sistem politik dalam Negara Islam lebih menjurus kepada kehendak undang-undang Islam dan hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Terdapat beberapa tokoh ilmuan Islam yang membincangkan hal berkaitan bidang politik dan kenegaraan seperti Al-Mawardi dan Al-Farabi.


      Kekuasan dan pemerintahan ialah hak dan milik mutlak Allah SWT dan dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA dan mengambilnya kembali daripada sesipa yang diingini-NYA dan kedudukan seseorang merupakan perhiasan hidup (Zinat al-hayat), pemberian Allah SWT untuk menguji ketaatan dan kesetiaan hamba-hamba-NYA. Jawatn dan kekuasaan boleh membawa kemuliaan kepada diri seseorang dan pada masa yang sama dapat memberi kehinaan dan kecelakaan.


      

DEFINISI POLITIK

      Perkataan politik berasal daripada perkataan Yunani iaitu politikus dari asal kata polis yang bermaksud negara atau kota dari perkataan latin iaitu politica yang digunakan dari sejak abad ke-5 s.m lagi


     Siasah di dalam bahasa Arab bermaksud menguasai, memerintah, mentadbir, memimpin, memandu arah , menyuruh, menegah, mengurus, mneyusun atur, mengawal dan sebagainya. 


      Perkataan siasah muncul serentak denagn lahirnya Negara Islam Madinah yang bermaksud pengurusan pemerintahan atau kengaraan. 


Pengertian Negara Islam :


Negara Islam dalam bahasa Arab disebut Dar al –Islam.

Al-Syaikhani mengatakan bahawa Dar al –Islam ialah nama suatu tempat dibawah kekuasaan dan pentadbiran orang-orang islam.

Menurut Syarh al-Azhar pula bahawa Dar al –Islam merupakan satu Negara dimana hukum-hukum Islam benar-benar dilaksanakan.


Sistem Politik Islam Suatu Perbandingan

Umat muslim, dalam hidupnya berpegang teguh pada Al Qur’an dan Al Hadist sebagai pedoman hidupnya. Dari kedua pedoman tersebut, umat muslim tidak perlu khawatir dalam menjalani persoalan hidup. Segala apa yang menjadi persoalan, solusi, peringatan, kebaikan dan ancaan termuat di dalam pedoman tersebut. Bahkan dalam Al Qur’an dan Al Hadist permasalahan politik juga tertuang didalamnya. Diantaranya membahas: prinsip politik islam, prinsip politik luar negeri islam. Baik politik luar negeri dalam keadaan damai maupun dalam keadaan perang.

Prinsip-prinsip politik yang tertuang dalam Al Qur’an dan Al Hadist merupakan dasar politik islam yang harus diaplikasikan kedalam system yang ada. Diantaranya prinsip-prinsip politik islam tersebut.

Dalam hadis ada disebutkan bahawa: “Bani Israel telah disiasahkan oleh nabi-nabi.”[1]. Maksudnya nabi-nabi menguruskan urusan-urusan mereka sebagaimana yang dilakukan oleh raja-raja dan pemimpin-pemimpin terhadap rakyat.[2]




Al-siasah(politik) dari sudut istilah pula mempunyai beberapa definisi. Antaranya ialah mentadbir urusan negara. Definisi lain ialah satu ilmu atau kemahiran meemrintah negara. Di samping itu, terdapat juga definisi-definisi lain.[3]

Politik dari pandangan Islam pula ialah menjaga urusan umat di dalam dan luar negara dengan cara yang tidak menyalahi syariat Islam. Siasah syar’iyyah tidak terhad kepada apa yang disebut syarak, tetapi disyaratkan agar ia tidak menyalahi teks al-Quran , sunnah, ijmak dan kaedah-kaedah syarak serta dasar-dasar amnya.
Ibn al-Qayyim telah berkata: “Sesiapa yang berkata bahawa politik ialah apa yang disebut oleh syarak sahaja, maka ia adalah satu kesilapan dan menyalahi para sahabat. Ini merupakan suatu perkara yang tidak difahami oleh segolongan manusia, lalu dengan itu mereka telah menjadikan syariat itu lemah dan tidak mampu menangani maslahat(kepentingan) manusia dan ia memerlukan kepada yang lain. Maka apabila pemimpin-pemimpin melihat keadaan ini, mereka pun melakukan kejahatan yang berpanjangan dan kerosakan yang luas dalam sistem politik mereka, lalu ia menjadi semakin runcing dan susah untuk ditangani. Sesungguhnya Allah swt telah mengutuskan rasul-rasulnya dan menurunkan kitab-kitabnya supaya manusia dapat berlaku adil, maka apabila terdapat tandanya dan ia nampak jelas dalam apa bentuk sekalipun, maka itulah yang dikatakan syariat dan agama Allah.[6]
Oleh itu, kita sendiri perlu menambah undang-undang yang sesuai dengan zaman kita dan tuntutan-tuntutan kehidupan kita dengan syarat kita tidak membenarkan diri kita mencipta undang-undang yang bertentangan dengan teks dan roh syariat, kerana Allah swt telah memberi amaran kepada kita daripada perkara tersebut dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Dan tidak harus bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya memutuskan sesuatu perkara untuk mempunyai hak memilihketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan barangsiapa yang mengingkari Allah dan RAsulNYa, sesungguhnya bahawa ia telah benar-benar sesat.” (al-Ahzab: 36)












SUMBANGAN POLITIK ISLAM


 1. Zaman Rasulullah ( 610-632 masihi )

  • Rasulullah sebagai ketua negara 
  • Madinah sebagai pusat pemerintahan ( Negara Islam Pertama)
  • Mengasaskan Piagam Madinah / Sahifah Madinah
  • Mempersaudarakan penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama
  • Mengisytiharkan jihad sebagai instrumen mempertahankan kedaulatan Islam dan penyebaran dakwah .
  • Mengajar syariah Islam secara syumul iaitu meliputi segala aspek kehidupan manusia termasuk ibadah, muamalat, nikah kahwin, jenayah, kenegaraan, dan hubungan antarabangsa .
  • Contoh kepimpinan ideal melalui petunjuk wahyu dan pertarbiahan secara langsung daripada Allah . 
Dasar Negara Islam Madinah : 

     i.     Islam sebagai rujukan dan landasan 

     ii.    Syura sebagai kaedah pentadbiran
     iii.   Semangat akidah menggantikan semangat assabiyah 
     iv.   Piagam Madinah sebagai perlembagaan negara .


Ciri-ciri Piagam Madinah :


     ~ Mengandungi 47 Fasal 

     ~ Meragkumi dua bahagian :
            1) Bahagian Pertama : 23 Fasal - berkaitan peraturan orang Islam sesama Islam 
            2) Bahagian kedua : 24 Fasal - peraturan membabitkan orang-orang Yahudi.
- Asas atau prinsip umum pemerintahan Rasulullah .

Post By : 1) Dyg Najah Atiqah Binti Abg Saifuddin           19DIP12F2009


Sunday, 10 August 2014

TUJUAN POLITIK ISLAM DAN DASAR -DASAR NEGARA ISLAM

TUJUAN POLITIK ISLAM

Sarjana Islam Ibnu Rusyd menyebutkan :

1. Tujuan utama politik Islam ialah melaksanakan hukum Allah dan memakmurkan dunia dengan menggunakan akal yang waras kurniaan Allah SWT.

2. Mandat sebagai 'khalifah' bukanlah satu kuasa mutlak untuk manusia bertindak mengikut hawa nafsu, tetapi ia merupakan satu tanggungjawab besar yang harus digalas berdasarkan ketentuan, perintah, larangan dan pengawasan Allah SWT.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DASAR - DASAR NEGARA ISLAM

1.  Negara Islam ditegakkan atas dasar keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan diatas  kesedaran,  kebebasan dan keihklasan untuk beribadah kepadaNya yang terlepas dari ikatan  batas keturunan, bahasa, kebudayaan, batas geografi dan lain - lain.

2.  Hak pemerintahan yang mutlak adalah hak Allah SWT dan manusia hanya sebagai pemegang amanah sahaja.
3.  Ketua negara Islam adalah pemegang amanah Allah SWT yang tertinggi dan rakyat diwajibkan memberi kesetiaan selagi amanah Allah SWT itu dilaksanakan.

4.  Ciri utama pemerintahan Islam ialah perlakasanaan Syura berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

5.  Rakyat menyerahkan kekuasaannya sebagai Khalifah Allah SWT kepada Majlis Syura, untuk memutuskan hal yang berkaitan dengan pemerintahan.

6.  Pemerintahan Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan syariah Islamiah secara mutlak.

7.  Pemerintahan Islam hendaklah mengutamakan akhlak karimah / akhlak mulia seperti yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

8.  Pemerintahan Islam juga hendaklah bertanggungjawab melaksanakan amar makruf nahi mungkar secara serentak.

9.  Perasaan tolong - menolong dan menegakkan keadilan adalah nilai yang diberi keutamaan dalam unsur amar makruf dan nahi mungkar.

10. Pemerintah dan rakyat masing - masing mempunyai hak dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.      


Post by, 

PUTERI HAZIRAH BINTI HAMSAN
19DIP12F2007

Monday, 4 August 2014

CIRI-CIRI SISTEM POLITIK ISLAM

Mengenai ciri – ciri politik islam dapat kita batasi dengan tujuh ciri :

1.  Kekuasaan dipegang penuh oleh umat islam.
2.  Masyarakat ikut berperanan dan bertanggungjawab.  
  Umat ( rakyat ) yang menentukan piilihan terhadap jalannya kekuasaan, dan persetujuannya merupakan syarat bagi kelangsungan orang – orang yang menjadi pilihannya. Mayoritais Ahlu – Sunnah, Mu’taszilah, Khowarij, dan Najariyah mengatakan :
”Sesungguhnya cara penetapan Imamah atau kepemimpinan adalah melalui pemilihan dari umat."
Dengan demikian, umat merupakan pemilik kepemimpinan secara umum, dia berhak memilih bab mencabut jabatan Imam ( pemimpin ). Dengan kata lain, umat adalah pemilik utama kekuasaan tersebut .
Penegakan agama, pemakmuran dunia, serta pemeliharaan atas semua kemaslahatan umum merupakan tanggungjawab umat dan bukan hanya tanggungjawab penguasa saja. Dalil yang memperkuat hal itu adalah bahwa Al – Qur’an telah berbicira tentang peranan atau ( tugas ) tersebut kepada umat manusia dalam beberapa ayat, diantaranya :
“ Hai orang – orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang – orang yang selalu menegakkan ( kebenaran ) kerana Allah, menjadi saksi dengan dalil ( Qs. Al – Maidah : 8 ).
Ayat Qur’an diatas memerintahkan pembentukan masyarakat yang anggotanya saling memenuhi kepentingan antara yang satu dengan yang lainnya serta mengerahkan semua kekuatannya untuk melakukan perbaikan dan reformasi, iaitu melalui pelaksanaan amar ma’ruf nahi munkar. Pelaksanaan amar ma’ruf nahi munkar merupakan sesuatu yang dapat membendung semua aktiviti masyarakat dari kemungkaran – kemungkaran yang terjadi di semua tempat, sampai kemungkaran yang dilakukan oleh penguasa dan orang bawahannya, sehingga Imam Ghazali menganggapnya ( amar ma’ruf nahi munkar ) sebagai kutub agama yang terbesar dalam agama.
3.    Kebebasan adalah hak bagi semua orang.    
       Tanggapan manusia akan kebebasan dirinya merupakan wajah lain dari akidah Tauhid. Pengucapan dua kalimah Syahadah yang menjadi ikrar pengabdian dirinya hanya untuk Allah Swt semata, dan juga kebebasan dirinya dari segala macam kekuasaaan manusia.” Allah Swt telah membuka jalan kepada kita menuju kehendak – Nya saja, tapi Dia tidak memaksa kita untuk berjalan sesuai dengan kehendak tersebut. Dia memberikan kebebasan kepada kita untuk memilih. Dengan demikian, jika menghendaki kita dapat memilih jalan sesuai dengan syari’at, sebagaimana kita juga dapat menempuh jalan yang bertentangan dengan perintah – Nya serta mengabaikan syari’at – Nya . Tetapi kita akan menanggung akibat dari semua tindakan kita tersebut, kerana bagaimanapun wujud pilihan tersebut akan berbalik kepada kita.


Diantara tanggapan kebebasan yang terpenting adalah kebebasan memilih dan berpendapat. Menurut Al –Qur’an tidak ada paksaan, sebagaimana tertulis dalam beberapa ayat yang berbunyi : “ Tidak ada paksaan untuk ( memasuki ) agama ( Islam) sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan yang sesat . “ ( Qs. Al – Baqarah : 256 ).
Dengan demikian, ketentuan islam tentang kebebasan berkeyakinan adalah larangan bagi manusia untuk mempersempit seseorang hanya kerana ia berakidah lain dan berusaha untuk melaksanakan akidahnya kepada orang tersebut . Pemakasaan suatu akidah merupakan suatu hal yang mustahil dan penghinaan tehadap orang lain kerana akidahnya merupakan suatu hal yang tidak dapat diterima sama sekali.
Kebebasan politik merupakan istilah moden, kecuali hanya cabang dari pokok kebebasan universal yang diberikan islam, iaitu kebebasan manusia dalam kedudukannya sebagai manusia, yang telah ditetapkan dengan nash – nash baik dalam Al – Qur’an mahupun dalam Hadis. Sebagai dalil yang memperkuat hal tersebut, kita dapat sebutkan sebuah Hadis Rasulullah Saw . Yang disampaikan kepada para sahabatnya,
“ Janganlah sekali – kali salah seorang diantara kalian tidak berpendirian, ia mengatakan aku bersama – sama dengan banyak orang, apabila mereka baik , maka aku baik dan apabila mereka jahat, maka aku pun jahat."
4.    Persamaan diantara semua manusia. 
      Sesungguhnya nenek moyang kita adalah satu. Kesemuanya diciptakan min nafsin wahidah ( dari diri yang satu ) ( Qs. An- Nisa’ : 1 ). Dan semuanya mendapat perlindungan dan penghormatan yang telah ditetapkan dalam Al – Qur’an tanpa melihat kepada agama atau bangsa. Rasulullah Saw, sendiri pada khutbah Wada’ telah mengisyaratkan kepada makna kesatuan asal manusia . Beliau bersabda, ” Ketahuilah, sesungguhnya Tuhan kalian adalah satu, dan ketahuilah bahwa Bapak kalian juga satu .”
     Sedangkan di Al- Qur,an juga difirmankan : “Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku – suku supaya kamu saling mengenal . Ssesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertakwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha mengenal ( Qs. Al – Hujurat : 13 ) .
   Secara lahiriyah, ayat tersebut ditujukan kepada seluruh umat manusia. Ayat tersebut diberikan penceramah oleh Ustadz Muhammad Izzah dalam bukunya Al – Dustur Al – Qur’ni. Dia mengatakan, Ayat tersebut dimaksudkan sebagai ketetapan tidak adanya perbezaan diantara sekalian manusia, dengan sebab apapun.
      Sedangkan takwa yang diisyaratkan ayat diatas sebagai suatu keutamaan sebahagian manusia atas yang lainnya tidak mempunyai pengaruh terhadap dasar persamaan dalam kehidupan manusia didunia, kerana pengutamaan dengan takwa tersebut akan diperhitungkan diakhirat dan bukan didunia, dihadapan Allah Swt. Dan bukan diantara manusia yang demikian itu tidak dapat digambarkan bahawa hal itu memiliki faktor terhadap aplikasi kaedah – kaedah syariat dalam kehidupan seluruh manusia. Dengan kata lain, hal itu tidak akan berpengaruh terhadap penerapan dasar – dasar persamaan dihadapan hukum yang telah ditetapkan oleh nash – nash syariat.


5. Kelompok yang berbeza juga memiliki legaliti. 
Sejak diputuskannya kesatuan dasar kemanusiaan dan ditetapkannya kehormatan bagi setiap orang didalam Al – Qur’an, setiap orang lain berhak mendapatkan perlindungan dan legaliti sebagai manusia, ketika Nabi Muhammad Saw berdiri sebagai penghormatan atas seorang mayat yang diusung dihadapan beliau, dikatakan kepada beliau bahawa mayat yang diusun dihadapan beliau adalah orang Yahudi, maka beliau menjawab, “ Bukankah ia manusia ?” Demikian halnya ketika Ali bin Abi Thalib r.a mengirim surat kepada gabenornya di Mesir, Malik Al Asytar, beliau menulis dalam surat tersebut : ” Tanamkanlah dalam hatimu kasih sayang, cinta, dan kelembutan kepada rakyatmu. Sesungguhnya mereka ada dua golongan, baik mereka sebagai saudara dalam agama, atau fitrah sesama makhluk
6.    Kezaliman mutlak tidak diperbolehkan dan usaha meluruskannya adalah wajib.
Dalam islam, kezaliman tidak hanya termasuk dalam kemungkaran dan dosa terbesar saja, juga tidak hanya merosak kemakmuran, sebagaimana yang dikatakan Ibnu Khaldun. Tetapi lebih dari itu, kezaliman merupakan tindakan yang memperkosa hak Allah Swt dan menghancurkan nilai – nilai keadilan yang meerupakan tujuan dari diutusnya Rasul dan Nabi.
Allah Swt berfirman :” Agar membeeri peringatan orang – orang yang zalim dan memberi kabar gembira kepada orang – orang yang berbuat baik”. ( Qs. Al – Ahqaf : 12 ).

Nabi Muhammad Saw bersabda : ” Seutama – utama jihad adalah mengatakan yang hak kepada penguasa zalim”.
7.    Undang – undang diatas segalanya .
Legaliti kekuasaan dinegara islam tegak dan berlangsung dengan usaha mengimplementasikan sistem undang – undang islam secara keseluruhan, tanpa membezakan antara hukum –hukumnya yang mengatur tingkah laku seorang muslim dalam kedudukannya sebagai anak bangsa dan hakim dengan nilai – nilai pokok dan tujuan – tujuannya yang mulia, yang telah disebutkan didalam Al – Qur’an dan Hadis.

Pada tingkat yang lebih tinggi, norma – norma syariat dan ketundukan semua orang terhadapnya, baik dari pihak penegak mahupun pelaku hukum itu sendiri harus mendapatkan tempat yang lebih tinggi dari undang – undang, kemandirian referensi syariat pada kekuasaan negara dan penegak hukum meberikan jaminan penting dalam melawan keselewengan kekuasaan eksekutif, khususnya dinegara – negara berkembang, dimana kekuasaan tersebut adalah pengambil keputusan parlimen serta menjalankannya demi tercapainya keinginan – keinginan mereka sendiri .
Post by,
NOR SYAFIKA AMIRA BINTI AMRAN   19DIP12F2020

Sunday, 3 August 2014

Ciri Pemimpin Dan Negarawan Islam & Parlimen dalam Pemerintahan Islam





Ciri Pemimpin Dan Negarawan Islam

:) Mampu menunaikan tanggunjawab kepimpinannya dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baik.

:) Perlu sedia mendampingi ulama jika dia tidak mempunyai ilmu pengetahuan keagamaan kerana institusi ulama merupakan rujukan penting bagi umat Islam terhadap segala permasalahan.

:) Perlu mengetahui ilmu pengetahuan keduniaan kerana bila timbul isu keduniaan seperti kejadian kemarau, kebuluran atau wabak penyakit, dia perlu bertindak dengan cepat dan cekap.

:) Perlu cekap dalam menghadapi isu globalisasi bagi membolehkan isu-isu dapat diselesaikan dengan sistematik.
:) Kebijaksanaan dalam menggerakkan jentera kerajaan  perlu wujud dalam diri seseorang pemimpin.

:) Sifat warak dan ketakwan diutamakan sebagai pemimpin bagi memerintah sebuah kerajaan.

:) Hubungan diplomatik dengan pelbagai negara juga merupakan tuntutan dalam Islam kerana boleh mendatangakan manfaat kepada negara Islam dari segi pembangunan teruatamanya dalam bidang sains dan teknologi yang merupakan tuntutan semasa.

:) Kesempurnaan fizikal juga diperlukan oleh seorang bakal pemimpin kerana ia merupakan sumber tarikan atau karisma di samping kepetahan bercakap dalam menyampaikan mesej.


Parlimen dalam Pemerintahan Islam



:) Parlimen yang merupakan simbol demokrasi dalam sistem pemerintahan islam boleh berperanan sebagai majlis syura, merangka  undang2 dan meluluskannya walaupun perundangan Islam diletakkan sebagai perundangan negara.

:) Parlimen mengandungi dewan rakyat yang dianggotai oleh ahli politik yang dipilih melalui pilihanraya dan dewan senat yang dianggotai oleh bukan ahli politik yang dilantik pemerintah.


:)  Kedudukan dewan semasa pemerintahan para sahabat :

     ;) Dewan senat boleh disamakan dengan institusi ulama dalam sejarah pemerintahan Islam kerana institusi ulama diletakkan sebgai rujukan perundangan Islam.

    ;) Dewan rakyat : boleh dibandingkan dengan institusi yang memerintah iaitu khalifah dan para wazir atau menteri yang ditugaskan untuk mentadbir sesuatu kawasan.


POST BY :  NORFADHILAH BINTI MOHD FAUZAN                                  19DIP12F2010


 

Saturday, 2 August 2014

KONSEP SYURA

Pengertian Syura


  • Syura dari segi bahasa bermaksud mesyuarat.Manakala dari segi istilah ialah pemesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebijakan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan.



 Firman Allah dalam Alquran yang bermaksud:

"Maka disebabkan rahmat daripada Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap
terhadap mereka. Sekirang kamu bersikap keras lagi
berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling mu.
Kerana itu maafkan mereka ,mohonlah ampun bagi mereka dan
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.Kemudian 
apabila kami telah membulatkan tekad ,maka bertakwalah kepada Allah.
Sesunggunya Allah menyukai orang yang bertakwa kepadanya ."
(Ali Imran :159)



Konsep Syura Dalam Pemerintahan Islam

  1. Seseorang ketua negara dan pemimpinnya wajib bermusyarah dalam hal yang menyentuh kepentingan umum dan khusus.
  2.  Rakyat berhak memberi nasihat kepada ketua negara dan pembantunya sama ada diminta atau tidak.
  3. Pemimpin negara yang meninggaklan musyawarah wajib dipecat.(Pendapat ulama mujtahid).

Prinsip Majlis Syura

Menurut pendapat sarjana Islam Abdul Kadir Audah salam kitabnya (Al islam Wa Audho'unnas Siasiyah ) menyebutkan:


  1. Syura adalah hak yang ditetapkan untuk pemerintahan dan rakyat.
  2. Pemerintahan wajib bermusyawarah dengan rakyat dalam semua hal.
  3. Syura bersendikan keikhlasan kepada Allah.
  4. Syura bukan kebulatan suara.
  5. Kewajiban pelaksanaan keputusan oleh golongan sedikit.


Antara peranan dan Kepentingan Syura ialah:


  • Memberi peluang menyertaan yang meluas dan penglibatan setiap ahli dalam setiap keputusan yang diambil untuk kepentingan kebaikan dan kebajikan.
  • Melahirkan kepuasan hati kerana setiap ahli diberi peluang untuk memberi pendapat dan pandangan.  
  • Mengelakan amalan diskriminasi dan berpuak-puak.
  • Sepakat idea adalah lebih baik daripada berpusat kepada individu dan kumpulan kecil yang tertentu.
  • Mendapat keredhaan Allah.
  • Mengawasi para pimpinan negara sepaya tidak menyeleweng daripada Islam.
  • Membingbing umat islam dalam politik,ekonomi,sosial dan kebudayaan. 
Kelayakan Keangotaan Ahli Majlis Syura


  • Bersifat adil,warak dan bertakwa
  • Berilmu pengetahuan agama dan lainnya yang menyeluruh dan mendalam.
  • Bijaksana dan bersifat benar.
  • Mempunyai pengalaman ikhtisas (professional) yang luas serta kepakaran yang tinggi. 


POST BY : NUR AMALIA BINTI MOKSHIN                19DIP12F2006

Friday, 1 August 2014

PERLEMBAGAAN (PIAGAM) MADINAH

PENDAHULUAN

  • Perlembagaan Madinah dikenali sebagai Sahifah Madinah
  • Ia adalah perjanjian politik yang dibuat diantara Nabi dengan yang terdiri daripada pelbagai bangsa termasuklah orang Muhajirin(berhijrah bersama Nabi),Ansar dan yahudi
  • Perlembagaan Madinah dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama didunia

PENDUDUK MADINAH ARAB

  1. Orang islam         - terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar.
  2. Orang Yahudi      - terdiri daripada Bani Qainuqa', Bani Quraizah , Bani Nadhir dan Bani Khaibar.
  3. Orang Musyrikin  - golongan yang tidak memeluk agama islam.
  4. Orang Munafikin  - Mereka yang mengakui beragama islam di hadapan Nabi Muhammad SAW                                       tetapi hakikatnya memusuhi islam.

TUJUAN PIAGAM MADINAH
  1. Menentukan hak-hak dan kewajipan Rasulullah dan penduduk setempat
  2. Untuk mengatur cara pemulihan kehidupan orang Muhajirin
  3. Untuk mewujudkan persefahaman dengan orang bukan islam di Madinah , khasnya orang Yahudi
  4. Untuk memberi pampasan kepada orang Muhajirin yang kehilangan harta benda di tangan orang Quraisy Mekah

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
  • Wahyu adalah undang-undang tertinggi bagi negara Islam Madinah
  • Nabi Muhammad diakui sebagai ketua negara yang mesti dipatuhi dan dihormati
  • Tidak boleh bermusuhan di antara sesama islam dan tidak boleh membantu orang bukan islam
  • kebebasan beragama diberi kepada orang bukan islam
  • keadilan adalah diberi kepada semua pihak
  • Orang Yahudi boleh meneruskan amalan agama dan adat resam mereka

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MADINAH
  • Bukti bahawa islam adalah agama dan politik
                 - tertubuhnya negara Islam Madinah , maka lengkaplah islam sebagai al-Din
  • Menyatukan penduduk madinah
                 -  telah berjaya menyatukan Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum
  • Hukuman terhadap pengkhianat
                 - setiap pengkhianatan akan menerima hukuman yang setimpal tanpa mengira kaum 
  • Persamaan Taraf
                 - tidak ada perbezaan anatara pemerintahan dengan yang diperintah
  • Kebebasan dan hak asasi individu terjamin
                  - hal ini bermakna tidak ada sesiapa yang boleh dihina atau ditindas
  • Menyelesaikan krisis kepimpinan
                  - Melalui perlembagaan ini , Nabi telahditerima sebagai pemimpin bagi negara islam 
  • Aktiviti dakwah dijalankan dengan berkesan
                  - aktiviti penyebaran islam dapat dijalankan dengan berkesan


FAKTOR-FAKTOR PENGGUBALAN
  1. Diantara mereka sering berlaku pertelingkahan.khususnya antara Aus dan Khazraj , antara Arab dan Yahudi serta Yahudi dan Yahudi
  2. Untuk mendirikan negara isalm berteraskan akidah, syarak dan akhlak memerlukan perlembagaan bertulis agar dapat dijadikan panduan kepada semua masyarakat islam Madinah
  3. Dengan adanya perlembagaan ini, mudah bagi Nabi untuk bertindak sekiranya berlaku pengkhianatan oleh orang Yahudi
  4. Melalui perlembagaan ini, kedua-dua puak tersebut telah berjaya disatukan oleh Nabi dan meraka kemudiannya digelar orang Ansar
  5. Sesuatu perpaduan hanya akan dapat dicapai apabila sifat tolong menolong bekerjasama , percaya-mempercayai dan kasih mengasihi antara satu sama lain diamalkan



post by : Nurul Syafiqah binti Mohd Zuki              19DIP12F2016