TUJUAN POLITIK ISLAM
Sarjana Islam Ibnu Rusyd menyebutkan :
1. Tujuan utama politik Islam ialah melaksanakan hukum Allah dan memakmurkan dunia dengan menggunakan akal yang waras kurniaan Allah SWT.
2. Mandat sebagai 'khalifah' bukanlah satu kuasa mutlak untuk manusia bertindak mengikut hawa nafsu, tetapi ia merupakan satu tanggungjawab besar yang harus digalas berdasarkan ketentuan, perintah, larangan dan pengawasan Allah SWT.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DASAR - DASAR NEGARA ISLAM
2. Hak pemerintahan yang mutlak adalah hak Allah SWT dan manusia hanya sebagai pemegang amanah sahaja.
3. Ketua negara Islam adalah pemegang amanah Allah SWT yang tertinggi dan rakyat diwajibkan memberi kesetiaan selagi amanah Allah SWT itu dilaksanakan.
4. Ciri utama pemerintahan Islam ialah perlakasanaan Syura berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.
5. Rakyat menyerahkan kekuasaannya sebagai Khalifah Allah SWT kepada Majlis Syura, untuk memutuskan hal yang berkaitan dengan pemerintahan.
6. Pemerintahan Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan syariah Islamiah secara mutlak.
7. Pemerintahan Islam hendaklah mengutamakan akhlak karimah / akhlak mulia seperti yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.
8. Pemerintahan Islam juga hendaklah bertanggungjawab melaksanakan amar makruf nahi mungkar secara serentak.
9. Perasaan tolong - menolong dan menegakkan keadilan adalah nilai yang diberi keutamaan dalam unsur amar makruf dan nahi mungkar.
10. Pemerintah dan rakyat masing - masing mempunyai hak dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.
Post by,
PUTERI HAZIRAH BINTI HAMSAN
19DIP12F2007
Post by,
PUTERI HAZIRAH BINTI HAMSAN
19DIP12F2007
No comments:
Post a Comment