Sunday, 3 August 2014

Ciri Pemimpin Dan Negarawan Islam & Parlimen dalam Pemerintahan Islam





Ciri Pemimpin Dan Negarawan Islam

:) Mampu menunaikan tanggunjawab kepimpinannya dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baik.

:) Perlu sedia mendampingi ulama jika dia tidak mempunyai ilmu pengetahuan keagamaan kerana institusi ulama merupakan rujukan penting bagi umat Islam terhadap segala permasalahan.

:) Perlu mengetahui ilmu pengetahuan keduniaan kerana bila timbul isu keduniaan seperti kejadian kemarau, kebuluran atau wabak penyakit, dia perlu bertindak dengan cepat dan cekap.

:) Perlu cekap dalam menghadapi isu globalisasi bagi membolehkan isu-isu dapat diselesaikan dengan sistematik.
:) Kebijaksanaan dalam menggerakkan jentera kerajaan  perlu wujud dalam diri seseorang pemimpin.

:) Sifat warak dan ketakwan diutamakan sebagai pemimpin bagi memerintah sebuah kerajaan.

:) Hubungan diplomatik dengan pelbagai negara juga merupakan tuntutan dalam Islam kerana boleh mendatangakan manfaat kepada negara Islam dari segi pembangunan teruatamanya dalam bidang sains dan teknologi yang merupakan tuntutan semasa.

:) Kesempurnaan fizikal juga diperlukan oleh seorang bakal pemimpin kerana ia merupakan sumber tarikan atau karisma di samping kepetahan bercakap dalam menyampaikan mesej.


Parlimen dalam Pemerintahan Islam



:) Parlimen yang merupakan simbol demokrasi dalam sistem pemerintahan islam boleh berperanan sebagai majlis syura, merangka  undang2 dan meluluskannya walaupun perundangan Islam diletakkan sebagai perundangan negara.

:) Parlimen mengandungi dewan rakyat yang dianggotai oleh ahli politik yang dipilih melalui pilihanraya dan dewan senat yang dianggotai oleh bukan ahli politik yang dilantik pemerintah.


:)  Kedudukan dewan semasa pemerintahan para sahabat :

     ;) Dewan senat boleh disamakan dengan institusi ulama dalam sejarah pemerintahan Islam kerana institusi ulama diletakkan sebgai rujukan perundangan Islam.

    ;) Dewan rakyat : boleh dibandingkan dengan institusi yang memerintah iaitu khalifah dan para wazir atau menteri yang ditugaskan untuk mentadbir sesuatu kawasan.


POST BY :  NORFADHILAH BINTI MOHD FAUZAN                                  19DIP12F2010


 

No comments:

Post a Comment