- Syura dari segi bahasa bermaksud mesyuarat.Manakala dari segi istilah ialah pemesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebijakan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan.
Firman Allah dalam Alquran yang bermaksud:
"Maka disebabkan rahmat daripada Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap
terhadap mereka. Sekirang kamu bersikap keras lagi
berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling mu.
Kerana itu maafkan mereka ,mohonlah ampun bagi mereka dan
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.Kemudian
apabila kami telah membulatkan tekad ,maka bertakwalah kepada Allah.
Sesunggunya Allah menyukai orang yang bertakwa kepadanya ."
(Ali Imran :159)
Konsep Syura Dalam Pemerintahan Islam
- Seseorang ketua negara dan pemimpinnya wajib bermusyarah dalam hal yang menyentuh kepentingan umum dan khusus.
- Rakyat berhak memberi nasihat kepada ketua negara dan pembantunya sama ada diminta atau tidak.
- Pemimpin negara yang meninggaklan musyawarah wajib dipecat.(Pendapat ulama mujtahid).
Prinsip Majlis Syura
Menurut pendapat sarjana Islam Abdul Kadir Audah salam kitabnya (Al islam Wa Audho'unnas Siasiyah ) menyebutkan:
- Syura adalah hak yang ditetapkan untuk pemerintahan dan rakyat.
- Pemerintahan wajib bermusyawarah dengan rakyat dalam semua hal.
- Syura bersendikan keikhlasan kepada Allah.
- Syura bukan kebulatan suara.
- Kewajiban pelaksanaan keputusan oleh golongan sedikit.
Antara peranan dan Kepentingan Syura ialah:
- Memberi peluang menyertaan yang meluas dan penglibatan setiap ahli dalam setiap keputusan yang diambil untuk kepentingan kebaikan dan kebajikan.
- Melahirkan kepuasan hati kerana setiap ahli diberi peluang untuk memberi pendapat dan pandangan.
- Mengelakan amalan diskriminasi dan berpuak-puak.
- Sepakat idea adalah lebih baik daripada berpusat kepada individu dan kumpulan kecil yang tertentu.
- Mendapat keredhaan Allah.
- Mengawasi para pimpinan negara sepaya tidak menyeleweng daripada Islam.
- Membingbing umat islam dalam politik,ekonomi,sosial dan kebudayaan.
- Bersifat adil,warak dan bertakwa
- Berilmu pengetahuan agama dan lainnya yang menyeluruh dan mendalam.
- Bijaksana dan bersifat benar.
- Mempunyai pengalaman ikhtisas (professional) yang luas serta kepakaran yang tinggi.
POST BY : NUR AMALIA BINTI MOKSHIN 19DIP12F2006
No comments:
Post a Comment