PENGENALAN
Politik dan kenegaraan adalah sesuatu yang terpenting dalam menentukan tahap pencapaian dan pembinaan sesuatu tamadun. Politik dan Negara Islam berkait rapat antara satu sama lain. Sistem politik dalam Negara Islam lebih menjurus kepada kehendak undang-undang Islam dan hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Terdapat beberapa tokoh ilmuan Islam yang membincangkan hal berkaitan bidang politik dan kenegaraan seperti Al-Mawardi dan Al-Farabi.
Kekuasan dan pemerintahan ialah hak dan milik mutlak Allah SWT dan dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA dan mengambilnya kembali daripada sesipa yang diingini-NYA dan kedudukan seseorang merupakan perhiasan hidup (Zinat al-hayat), pemberian Allah SWT untuk menguji ketaatan dan kesetiaan hamba-hamba-NYA. Jawatn dan kekuasaan boleh membawa kemuliaan kepada diri seseorang dan pada masa yang sama dapat memberi kehinaan dan kecelakaan.
DEFINISI POLITIK
Perkataan politik berasal daripada perkataan Yunani iaitu politikus dari asal kata polis yang bermaksud negara atau kota dari perkataan latin iaitu politica yang digunakan dari sejak abad ke-5 s.m lagi
Siasah di dalam bahasa Arab bermaksud menguasai, memerintah, mentadbir, memimpin, memandu arah , menyuruh, menegah, mengurus, mneyusun atur, mengawal dan sebagainya.
Perkataan siasah muncul serentak denagn lahirnya Negara Islam Madinah yang bermaksud pengurusan pemerintahan atau kengaraan.
Pengertian Negara Islam :
Negara Islam dalam bahasa Arab disebut Dar al –Islam.
Al-Syaikhani mengatakan bahawa Dar al –Islam ialah nama suatu tempat dibawah kekuasaan dan pentadbiran orang-orang islam.
Menurut Syarh al-Azhar pula bahawa Dar al –Islam merupakan satu Negara dimana hukum-hukum Islam benar-benar dilaksanakan.
Sistem Politik Islam Suatu Perbandingan
Umat muslim, dalam hidupnya berpegang teguh pada Al Qur’an dan Al Hadist sebagai pedoman hidupnya. Dari kedua pedoman tersebut, umat muslim tidak perlu khawatir dalam menjalani persoalan hidup. Segala apa yang menjadi persoalan, solusi, peringatan, kebaikan dan ancaan termuat di dalam pedoman tersebut. Bahkan dalam Al Qur’an dan Al Hadist permasalahan politik juga tertuang didalamnya. Diantaranya membahas: prinsip politik islam, prinsip politik luar negeri islam. Baik politik luar negeri dalam keadaan damai maupun dalam keadaan perang.
Prinsip-prinsip politik yang tertuang dalam Al Qur’an dan Al Hadist merupakan dasar politik islam yang harus diaplikasikan kedalam system yang ada. Diantaranya prinsip-prinsip politik islam tersebut.
Dalam hadis ada disebutkan bahawa: “Bani Israel telah disiasahkan oleh nabi-nabi.”[1]. Maksudnya nabi-nabi menguruskan urusan-urusan mereka sebagaimana yang dilakukan oleh raja-raja dan pemimpin-pemimpin terhadap rakyat.[2]
Al-siasah(politik) dari sudut istilah pula mempunyai beberapa definisi. Antaranya ialah mentadbir urusan negara. Definisi lain ialah satu ilmu atau kemahiran meemrintah negara. Di samping itu, terdapat juga definisi-definisi lain.[3]
Politik dari pandangan Islam pula ialah menjaga urusan umat di dalam dan luar negara dengan cara yang tidak menyalahi syariat Islam. Siasah syar’iyyah tidak terhad kepada apa yang disebut syarak, tetapi disyaratkan agar ia tidak menyalahi teks al-Quran , sunnah, ijmak dan kaedah-kaedah syarak serta dasar-dasar amnya.
Ibn al-Qayyim telah berkata: “Sesiapa yang berkata bahawa politik ialah apa yang disebut oleh syarak sahaja, maka ia adalah satu kesilapan dan menyalahi para sahabat. Ini merupakan suatu perkara yang tidak difahami oleh segolongan manusia, lalu dengan itu mereka telah menjadikan syariat itu lemah dan tidak mampu menangani maslahat(kepentingan) manusia dan ia memerlukan kepada yang lain. Maka apabila pemimpin-pemimpin melihat keadaan ini, mereka pun melakukan kejahatan yang berpanjangan dan kerosakan yang luas dalam sistem politik mereka, lalu ia menjadi semakin runcing dan susah untuk ditangani. Sesungguhnya Allah swt telah mengutuskan rasul-rasulnya dan menurunkan kitab-kitabnya supaya manusia dapat berlaku adil, maka apabila terdapat tandanya dan ia nampak jelas dalam apa bentuk sekalipun, maka itulah yang dikatakan syariat dan agama Allah.[6]
Oleh itu, kita sendiri perlu menambah undang-undang yang sesuai dengan zaman kita dan tuntutan-tuntutan kehidupan kita dengan syarat kita tidak membenarkan diri kita mencipta undang-undang yang bertentangan dengan teks dan roh syariat, kerana Allah swt telah memberi amaran kepada kita daripada perkara tersebut dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Dan tidak harus bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya memutuskan sesuatu perkara untuk mempunyai hak memilihketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan barangsiapa yang mengingkari Allah dan RAsulNYa, sesungguhnya bahawa ia telah benar-benar sesat.” (al-Ahzab: 36)
SUMBANGAN POLITIK ISLAM
1. Zaman Rasulullah ( 610-632 masihi )
- Rasulullah sebagai ketua negara
- Madinah sebagai pusat pemerintahan ( Negara Islam Pertama)
- Mengasaskan Piagam Madinah / Sahifah Madinah
- Mempersaudarakan penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama
- Mengisytiharkan jihad sebagai instrumen mempertahankan kedaulatan Islam dan penyebaran dakwah .
- Mengajar syariah Islam secara syumul iaitu meliputi segala aspek kehidupan manusia termasuk ibadah, muamalat, nikah kahwin, jenayah, kenegaraan, dan hubungan antarabangsa .
- Contoh kepimpinan ideal melalui petunjuk wahyu dan pertarbiahan secara langsung daripada Allah .
Dasar Negara Islam Madinah :
i. Islam sebagai rujukan dan landasan
ii. Syura sebagai kaedah pentadbiran
iii. Semangat akidah menggantikan semangat assabiyah
iv. Piagam Madinah sebagai perlembagaan negara .
- Ciri-ciri Piagam Madinah :
~ Mengandungi 47 Fasal
~ Meragkumi dua bahagian :
1) Bahagian Pertama : 23 Fasal - berkaitan peraturan orang Islam sesama Islam
2) Bahagian kedua : 24 Fasal - peraturan membabitkan orang-orang Yahudi.
- Asas atau prinsip umum pemerintahan Rasulullah .
i. Islam sebagai rujukan dan landasan
ii. Syura sebagai kaedah pentadbiran
iii. Semangat akidah menggantikan semangat assabiyah
iv. Piagam Madinah sebagai perlembagaan negara .
- Ciri-ciri Piagam Madinah :
~ Mengandungi 47 Fasal
~ Meragkumi dua bahagian :
1) Bahagian Pertama : 23 Fasal - berkaitan peraturan orang Islam sesama Islam
2) Bahagian kedua : 24 Fasal - peraturan membabitkan orang-orang Yahudi.
- Asas atau prinsip umum pemerintahan Rasulullah .
Post By : 1) Dyg Najah Atiqah Binti Abg Saifuddin 19DIP12F2009